Thursday, February 19, 2009

Air Tuok @ Nira

Mase pok mude-mude dulu, pok pernoh 'menyadat' tuok. Tuok @ nira ni sebenornye asal dari pokok nyior. Ianye diambik dari mayang pokok nyior tersebut. Mule-mulenye mayang nyior ni kene diikat terlebih dulu supaya ia tidok pecoh. Kemudian parah (potong) pada bahagiang hujung mayang tadi supaya air tuok dapat keluor. Lepah tu biorkang dalang sehari.
Pada esoknye barulah mayang hok di parah tadi ditadah dengang menggunakang "tukil"(bekas tadahan air tuok). Dahulu pok buat tukir ini dengan buluh, tapi lening orang gune botol minumang plastik je. Biasenye air tuok ni pok kutip dua kali sehari iaitu pagi dan petang.


Setiap kali air tuok dikutip, hujung mayang akan diparah sedikit demi sedikit sehinggalah air tuok kering dang dok tubik lagi. Lepah itu, ikatang pada mayang tersebut akang dibuka.


Nilah hasilnya, air tuok atau nira, memang sedap diminum, tamboh-tamboh pulok pada bulang pose. Tuok mesti disimpang dalang peti sejuk supaya tak masang. Kalau masang tak leh minum la weh kerane tuak akan bertukor menjadi minumang yang memabukkang.


Tapi kalau ia dibiorkang dalang mase yang lame, tuok buleh digunakang semule sebagai cuke. Air tuok atau nira hok segor kalu dimasak boleh dijadikang nisang @ gula melaka.

* Semue gambor ni pok dok ambik sendiri. Pok ambik dumoh Zukeri.

4 comments:

Datin El said...

dulu ada kawan ajak kita buka pose dgn air tuak ni kita mengucap panjang la ni kita tau dah..

Ayohwang said...

Datin El,

Sedapkang. Kalu nok sedap lagi, buat air nira float. Makang ngan aiskrim. Mesti best.

zukeri said...

Salam ayohwang,
Dok royak kito dah mari jale rumoh kito. Cari di google jupa rumoh ayohwang ni. Tima kasihlah.

Ayohwang said...

Maah le Zukeri weh. Mase pok gi dumoh dulu, Zukeri tak dok dumoh. Gi nyadat ke....