Thursday, July 30, 2009

Satar

Ari ni pok nok cite mengenai satar. Bukang Aziz Satar pelawok/pelakon tu, tapi satar yang diperbuat daripada ikang dan nyior. Makanang ni memang cukup sedap dan memang femos di Ganu kite ni. Ade dijual di pasor-pasor malang dan jugok di gerai-gerai tepi jalang.

Makanang ni diperbuat daripada isi ikang, nyior parut yang tidok terlalu tue, daung kesum, lada, bawang, halia serta gula garam secukup rasa. Kesemua bahang ni digaul rata. Masukkang ke dalang daun pisang yang dibentukkan kon. Bungkus elok-elok, cucuk dengang batang buloh dan bakor atas bara yang tidok terlalu panas hingga masok.

Sedap weh!

Tuesday, July 28, 2009

Musing Kemarau

Pada jamang belum merdeka sekitar tahung 50an, oghang Kuala Berang mendapatkan bekalang air dari perigi @ telaga. Dok kire samoade di rumoh, sekoloh atau di pejabat, sumber air adelah dari perigi. Mase tu mana ade air paip.
Masaalohnye kalu tibe musing kemarau, air perigi akang kering. Jadi penduduk Kuala Berang takdok punca lain selain Sungai Kuala Berang. Sungai nilah yang menjadi tempat tuju penduduk untuk mendapatkang bekalang air. Selaing daripade mendapatkan bekalang air, sungai ni jugelah menjadi tempat mandi dan membasoh kain baju. Biasenye pada sebeloh pagi dang petang oghang ramai akan memenuhi tepi sungai ini untuk mandi, punggoh air serta membasoh. Pada masa ni keadaang akan menjadi semacang pesta. Kadang-kadang dok leh nok bezakang hok mane oghang dang hok mane kuba sebab kuba pong dok berkubang di sungai ni jugok.

Monday, July 27, 2009

Woyang Gambor Penerangang

Pok siarkang cite ni terutamenye untuk tatapang Cikmanggis dang juge untuk pengunjung-pengunjung setia blog pok.
Jamang dulu manelah sangat ade hiburang. TV tak dok, ASTRO jauh sekali. Internet dok soh citelah. Mase pok kecik-kecik dulu antara woyang gambor hok pok bese tengok ialah woyang gambor penerangang. Kebanyokang cite yang ditayangkang oleh Jabatang Penerangang adalah filem rencana terbitang Filem Negara. Tengoh-tengoh sedap tengok cite, lampu dinyalakang dang budok-budok macang pok ni bising bango. Ape doknye, memang potong sting. Sebenornye mase ni adelah waktu rehat untuk membulehkang Pegawai Penerangang berucap dang memberi maklumat terkini untuk disampaikang kepada rakyat. Oghang panggil mende.... propogande! Gitulah bunyinye.
Selaing daripada woyang gambor Penerangang, ade juge woyang gambor dalang panggung daun nyiur yang kami panggil woyang gambor bergerak atau 'Travelling Cinema'. Nok masuk panggung ni kene bayor. Tapi pok dok ingat doh berape sen kene bayor. Dok silap pok antara 5 sen dan 10 sen saje.
Jarang-jarang sekali ade juge kumpulang bangsawang datang buat pertunjukang. Kadang-kadang sapa 2 minggu. Antara pelakong-pelakong tersohor mari buat pertunjukang dalang bangsawang ni ialah Mat Sentul, Ghazali Sumantri dang A.R. Tompel. Jaman ni memang merioh sunggohlah. Pok pong dok lepaskang peluanglah menyaksikang bangsawang ni. Budok-budok buleh masuk free je. Pok sapa 2-3 kali masuk tengok. Seronoknye.....

Sunday, July 26, 2009

IC Ayohwang

Khas untuk Datin El:-


Dok caye lagi ke......? Mesti caye kang......

Thursday, July 23, 2009

Pertunjukang Serkas Di Kuale Berang

Seingat pok pertama kali kumpulang serkas buat pertunjukang di Kuala Berang pada tahun 1956. Masa tu umor pok baru 13 tahung. Pok dok ingat pulok same ade serkas tu dari China atau Britain. Maklum je le masih kecik lagi. Seronok sunggoh pade mase tu tengok binatang-binatang seperti gajoh, harimau, singa, beruang, kuda dang banyok lagi binatang sapa dengang lori. Gajoh pulok tiba kemudiang dengang jalang kaki je.

Rama sunggoh rakyat Kuale Berang keluor tunggu tepi jalang nok tengok rombongan serkas ni sapa. Deme serkas ni pulok sibok buat kekmoh besor di padang bola. Lebih separoh padang bola digunakang untuk pasang kekmoh besor warne putih tu. Di satu sudut pulok ditempatkan binatang-binatang tadi. Semuo binatang kecuali gajoh dang kude di tempatkan dalang sangkor besi. Yelah, kalu dok letok dalang sangkor besi, habislah oghang kene bahang ke rimau. Dok gitu. Gajoh dan kude pulok di tambat takut terlepah. Kaki gajoh die ratai.
Petang-petang selepah pertunjukang, gembale gajoh dan kude akan bawok natang ni gi sungai Kuale Berang untok mandi, nok suroh sejok badang sikitlah.
Kawasan hadapang kemoh besor ni puloh ade dipasang permainang seperti kerete api, meri go raund dan beberape lagi. Budok-budok suke sunggoh naik permainang ni. Pok pong 2 - 3 kali jugok naik meri go raund dan kete api ni. Maklum je lah kete api mane ade di Ganu. Sini kete api oghang panggil kete lipang.

Dengang kehadirang serkas ni, Pekang Kuale Berang menjadi cukup merioh. Waktu malang pulok terang benderang dengan lampu warne warni membuatkang Kuale Berang macang siang hari. Maklum sajelah Kuale Berang hok selame ni memang gelap gelite kerana takdok lampu letrik doh jadi ceroh cerace. Lepah tu pulok bunyi muzik bukang main kuat sekali. Mase nilah anok-anok mude ambil kesempatang keluor mengorat. hihihi.
Pertunjukang serkas pulok ade macang-macang. Ade pertunjukang oghang bergayut dengan tali atah udara, motosikal merempit dalam sangkor bulat, pertunjukang binatang dang jugok petunjukang lawok oleh badut-badut. Sunggoh merioh sekali mase tu.

Thursday, July 16, 2009

Tambang teksi, bas sekolah naik

Pok ade terbace cerite dalang malaysialening mengatakang tambang teksi dan bas sekoloh naik. Betul ke? Kalu betul gak, nyaknye sunggoh le oghang hok ade anok sekoloh. Pok dakpe le sebab dok naik teksi, dok naik bas sekoloh. Pok naik sikal je. Ade sape-sape buleh komeng. Pok nok mitok komeng daripada Satu Malaysia.

Kuala Berang Dulu

Kuala Berang sebelum merdeka takde kemudahang bekalang elektrik seperti di Kuale Terengganu. Kebanyokang rumah diterangi pelite minyok tanoh @ pelite ayang. Oghang hok ade duit bulehlah gune lampu gasleng. Tapi lapu ni nok kene pong dulu.
Mase tu pekang Kuale Berang takdok lampu jalang. Pihok Majlis Bandorang jugok menggunakang lampu gasleng untuk menerangi pekang Kuale Berang. Lampu ni akan digantung oleh petugas pada setiap petang di tiang yang disediakang dang sebeloh atanye pulok di pasang penedoh daripade zing untuk melindungi lampu daripada terkena hujang. Tiang tu kire tinggi jugoklah lebih kurang nok same tinggi dengang tiang lampu hok ade lening. Lampu ni akang dinaikkang menggunakang tali. Selepah dinaikkang pade sebeloh petang, lampu tu akang dibiarkang tergantung di situ sapa minyok habih dang lampu terpadang sendiri.


Begitulah ruting hariang pemasangang lampu gasleng atau dikenali dikalangan pendudok pekang Kuale berang sebagai lampu gantung. Lampu nilah hok banyok berjase kepada pekang Kuale Berang sehingga selepas merdeka. Selepah ade LLN (Lengok Lengok Naik), barulah ade lampu letrik.

Thursday, July 2, 2009

Hari Gilirang

Pok ingat lagi jamang mude-mude dulu sekitor tahung 50an, diadekang hari gilirang ataupung oghang ulu sebut 'Aghih Gilirang' (hari giliran). Hari Gilirang ni diadekang pada setiap hari Sabtu dang Rabu. Ianye diadakang di kawasang Pasor Besor Kuale Berang. Hari Gilirang ini adelah hari yang ditunggu-tunggu oleh peniaga dang pengunjung. Pade hari ni, beratuh malah beribu oghang Kuale Berang dang oghang luor akang datang untuk berjual beli di pasor ini. Bilangang orang yang ramai itu menjadikan Kuale Berang amat merioh pade ‘Hari Gilirang’.

Selaing daripade peniaga dan pembeli, hari gilirang ini amat ditunggu-tunggu oleh anok-anok mude. Anok-anok mude menggunakang peluang dang kesempatang ini untuk melaram, berkeliarang di pasor dang kaki lime deretang kedai sambil bercampur gaul dengang para pengunjung laing yang memang datang untuk urusang berjual beli. Waktu itu para pemuda gemar berpakaiang ‘Yankee’ dengang berseluor ketat dan rambut disikat berjambul yang terjulur ke depang, koler baju ditegokkang dang lengang baju dilipat sedikit, macang gaye 'Mat Over'. Pok pong dok ketinggalang jugok le. Mase tu pok dalang umor 20an. Bayangkang le ye...
Pok ingat lagi ade soghang cikgu bername Cikgu De, kalu dok silap. Pade ari gilirang, die akang buat kerja sambilang menjalangkang urusang menjahit pakaiang yang dibeli oleh pengunjung di pasor hari gilirang. Ade yang mintok jahit kaki seluor dang ade juge yang mintok sambung kain pelikat dang kain batik jawe. Memang dok menang tangang le Cikgu De pada hari tu. Dengang berbekalkang sebuoh mesing jahit tue jenama Singer, die mencari sudut yang sesuai di bawoh pokok untuk mengambil upoh menjahit. Mase tu seingat pok, die soghang je tukang jahit di Kuale Berang.
Kanok-kanok pule amat seronok menyaksikang pemaing ulor bangse India bermain ulor dengang meniup serunai. Ulor tedungnya akang menari-nari ketike beliau meniup serunainye.
Tradisi pasor Hari Gilirang masih wujud sampai sekarang tapi oghang lening dok panggil lagi Hari Gilirang. Die oghang panggil Pasor Minggu je. Tapi oghang-oghang tue macang pok ni masih terlekat di bibir dengang panggilang Hari Gilirang.