Thursday, July 23, 2009

Pertunjukang Serkas Di Kuale Berang

Seingat pok pertama kali kumpulang serkas buat pertunjukang di Kuala Berang pada tahun 1956. Masa tu umor pok baru 13 tahung. Pok dok ingat pulok same ade serkas tu dari China atau Britain. Maklum je le masih kecik lagi. Seronok sunggoh pade mase tu tengok binatang-binatang seperti gajoh, harimau, singa, beruang, kuda dang banyok lagi binatang sapa dengang lori. Gajoh pulok tiba kemudiang dengang jalang kaki je.

Rama sunggoh rakyat Kuale Berang keluor tunggu tepi jalang nok tengok rombongan serkas ni sapa. Deme serkas ni pulok sibok buat kekmoh besor di padang bola. Lebih separoh padang bola digunakang untuk pasang kekmoh besor warne putih tu. Di satu sudut pulok ditempatkan binatang-binatang tadi. Semuo binatang kecuali gajoh dang kude di tempatkan dalang sangkor besi. Yelah, kalu dok letok dalang sangkor besi, habislah oghang kene bahang ke rimau. Dok gitu. Gajoh dan kude pulok di tambat takut terlepah. Kaki gajoh die ratai.
Petang-petang selepah pertunjukang, gembale gajoh dan kude akan bawok natang ni gi sungai Kuale Berang untok mandi, nok suroh sejok badang sikitlah.
Kawasan hadapang kemoh besor ni puloh ade dipasang permainang seperti kerete api, meri go raund dan beberape lagi. Budok-budok suke sunggoh naik permainang ni. Pok pong 2 - 3 kali jugok naik meri go raund dan kete api ni. Maklum je lah kete api mane ade di Ganu. Sini kete api oghang panggil kete lipang.

Dengang kehadirang serkas ni, Pekang Kuale Berang menjadi cukup merioh. Waktu malang pulok terang benderang dengan lampu warne warni membuatkang Kuale Berang macang siang hari. Maklum sajelah Kuale Berang hok selame ni memang gelap gelite kerana takdok lampu letrik doh jadi ceroh cerace. Lepah tu pulok bunyi muzik bukang main kuat sekali. Mase nilah anok-anok mude ambil kesempatang keluor mengorat. hihihi.
Pertunjukang serkas pulok ade macang-macang. Ade pertunjukang oghang bergayut dengan tali atah udara, motosikal merempit dalam sangkor bulat, pertunjukang binatang dang jugok petunjukang lawok oleh badut-badut. Sunggoh merioh sekali mase tu.

4 comments:

cikmanggis said...

salam pok,1956 tu cikmanggis blom lahir lagi pok...hiburan zaman dulu2..wayang kulit,wayang gambar "public lesen"..wayang free..ada tak ingatan tengok wayang free pok?

Datin El said...

Assalamualaikum pok..wah..seronok baca kesah sarkas ni hingga kita dapat merasakan sama kemeriahan dan keseronokan orang kuala berang waktu tu..tapi yang kita musykilkan YE KE pd tahun 1956 umur pok 13 tahun..tak cayalah harap pok tunjukkan apa2 bukti yang boleh meyakinkan kita..hihi.

Ayohwang said...

Cikmanggis,
Wayang free Pejabat Penerangang-ade-ade. Kalu ade mase pok cube updatekang.

Ayohwang said...

Datinel,
Dok caye ke. Nanti pok tunjukkang IC pok ye....