Wednesday, June 24, 2009

Rodat


Rodat adolah satu bentuk persembahang keseniang yang popular di kalangang masyarakat Terengganu. Rodat biasonye dipersembahkang dalam majlis-majlis perkahwinang, kenduri-kendara, berkhatang, musim menuai, hari Keputeraang Sultang dang di pesta-pesta kebudayaang. Seni persembahang tradisional ini dipersembahkang dalang bentuk tariang, nyanyiang serta paluang alat muzik yang dipanggil rebana tar atau tar rodat.

Asal usul sebenor rodat ni tok dapat nok dibuktikang tetapi sesetengoh pendapat ade menyatekang bahawe seni persembahang rodat ini berasal dari Tanoh Arab.

Seni tradisional rodat ini ade keunikang tersendiri terutame dari segi persembahang dang mesej yang inging disampaikan serta diperkuatkang lagi dengang seni yang berunsurkan Islang serta sangat dihormati kerana merakamkang pujiang kepada Tuhang dang sejaroh hidup para Rasul.

Pade asalnye hanye terdapat due watok atau kumpulang utama dalang permainang rodat ini iaitu kumpulang pengadi selaku penepuk tar yang terdiri daripade golongang lelaki dang kumpulang pelenggok sebagai penyanyi dang penari yang juge daripade golongang lelaki. Tapi lepah tu berlaku sedikit perubahang dengang memperkenalkang watok mok inang sebagai penari dan penyanyi yang terdiri daripade golongan oghang puang.

Mase mude-mude dulu pok pernoh juge ikut kumpulang rodat ni. Mase tu mane ade hiburang laing. ‘Nok merempit, muto takdok’. Budok-budok lening memang banyok hiburang doh. Jadi hiburang-hiburang macang rodat ni deme dok pandang. Mati gitule keseniang kite kalu takdok oghang nok jage gak.

10 comments:

Datin El said...

owh..pok ni dulu orang seni jugalah ye.. menari...nak tanye sikit selalunya penari ni 'lembut' pok camne ..lembut ke keras..hehe nak bayangkan jer..jangang marah ye nanti kene jual.

Ayohwang said...

Datin El,
Tariang rodat ni dok le lembut sangat. Die cume dok baris manjang dan lenggang tangang je. Mok inang baru nari lembut. Pok jadi pelenggok je. Adele lenggok2 siket...

Datin El said...

pok..kalu gitu kite pon bole join jugak...lenggang n lenggok2..tak yah lah poco2 lagi kan..jemu dah.

Ayohwang said...

Datin El,
Buleh, tapi Datin El kene jadi Mok Inang.....

zukeri said...

Salam ayohwang,

Lagu mano gak nak buat serupa ayohwang buat kat tepi tu yang bertajuk "time kaseh kerane deme komeng" supaya kita tahu komeng terkini.

Ajarlah sikit, ambo ni baru lagi, tak berapo panda lagi.

Tima kasih ayohwang.

Azemi Ali said...

Salam Ayoh Wang..

Mesti banyak pitih ayoh ni..nama pung Ayoh Wang..hahaha

Masa saya kecik dulu ada tengok rodat ni.. Tapi sudah nak buat anjur rodat sebab orang wehi terpa hungga ke mak inang..

Le ni rasa macang tak dok doh Rodat ni..

Ayohwang said...

K'Salam Zukeri,
Dok payoh mane. Cume klik pade 'Dapatkan Wiget Ini' kat bawoh komeng dalam bloq ayohwang tu dang ikut saje arahang2 yang terdapat dalam bloq Hasbullah Pit. Die terang se-se. Selamat mencube...

Ayohwang said...

K'salam Azemi,
Bukang tak dok cume hampir pupuh. Mujurlah ade pengiat-pengiat seni dang persatuang2 kebudayaang cuba mempertahangkang keseniang ni. Alhamdulillah di Ganu lening keseniang rodat ni masih lagi dipersembahkang dalang majlis2 kebudayaang.... kite kene mempertahangkang keseniang nenek moyang kite ....

zukeri said...

Terima kaseh ayohwang

markyong said...

Pok wang , lening kak ane nok cari persembahan tu kat tranung? ambe skrg ni tengoh wak tesis. wak kajian tentang seni rodat. kat kg surau panjang tu ker?