Sunday, May 10, 2009

Jangang Pandang Belakang

Peristiwa ini berlaku dekat Bukit Jetik, jalang dari 'Kuala Berang ke Marang' pada bulang April lepas. Kate orang, Kawasang Bukit Jetik ni memang kawasang keras. Kisohnye gini:-

Dalang perjalanang dari Kuala Berang ke Marang, dekat Bukit Jetik, kawang pok seorang pemandu teksi (kereta sewa) bernama Pok Hamid teloh ditahang oleh seorang orang puang berpakaiang putih. Kasihang melihat orang puang ini keseorang dalang gelap (masa itu jang lebih kurang 9.30 malang) Pok Hamid memberhentikang keretanya. Seteloh ditanye mane nokgi... lalu dijawab, "nok ke kampung depang sane". Lalu perempuang misteri tadi menaiki teksi tersebut dang duduk di sebeloh belakang Pok Hamid. Dalang perjalanang, kedua-duanya tidok bercakap sepatoh harang. Lalu Pok Hamidt terfikir, sapolah orang puang ini dok tunggu kereta berseorangang dalang gelap. Bulu romanya mula berdiri cacang.

Tibe-tibe Pok Hamid terhidu bau yang amat busuk – busuk kohong, tamboh-tamboh pula keretanya dipasang aircong. Pok Hamid menjeling ke belakang kot cerming. Orang puang tadi tersenggeh ke dia. Pok Hamid bertambah seram dang bulu tengkoknya mula berdiri cacang seoloh-oloh ade orang meniup ditengkoknye.

Bau busuk tadi making menusuk hidung. Tiba-tiba orang puang tadi bersuara memecah hening. "Pok (panggilan orang Terengganu untuk pak cik) ! berenti depang". Pok Hamid cepat-cepat memberhentikan keretanya. Hati Pok Hamid makin berdebar. Ape doknye.... dia berhenti di kawasang tanoh perkuburang. Pok! berape tambang? tanya orang puang tadi. "Dok payoh la mek... umoh mek mane" tanye Pok Hamid lagi. Sambil mengucapkang terime kasih, orang puang tadi menunjukkang ke arah sebelah kubur lalu beredor keluor dari kereta. Seteloh beberapa langkoh berjalang, orang puang tadi berpaling ke aroh Pok Hamid lalu tersenggih dan mari semule ke kereta dang mengetuk cermin depang sebelah pemandu. Pok Hamid dalam ketakutang membuka sedikit cermin keretanya. Orang puang tadi lalu kabo, " Ambe nok mintok maah pok". Pok Hamid kehairanang lalu bertanya, " bakpe nye". Orang puang tadi dengang senyum sinis menjawab, "Tadi ambe keetut dalang kerete Pok" lalu die pong cepat-cepat beredor dari situ dengan agok malu.

Barulah Pok Hamid sedor yang perempuang tersebut bukangnye hantu seperti yang disangkakang dang bau busuk kohong tadi adalah kentut perempuang tersebut. Dang Pok Hamid jugok baru sedor di sebeloh kubur tersebut ade beberape buoh rumoh. Orang puang tadi tinggal di saloh sebuoh daripada rumoh tersebut.

Pok Hamid tergaru kepala hok tok gatal .... (dalang hati) doh la idu ketut... naik kete aku free pulok ....

WA! WA! WA!

1 comment:

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam petang Ayoh Wang,

best cerita ..., tapi hilang seram kat ujung-ujung cerita.