Monday, April 13, 2009

Keropok Lekor

Keropok lekor @ keropok getel @ keropok batang @ kepala keropok(orang kelatang panggil) merupakan makanang tradisional masyarakat Pantai Timur khususnye Ganu kite. Keropok lekor di perbuat daripada isi ikang laut dang campurang sagu serta sedikit garam. Terdapat juge keropok lekor yang dibuat daripada tepung kanji. Kesemua ramuang tersebut akang diuli dan digentel seperti panjang bertali, sebelum direbus dalang air yang panas. Tanda keropok lekor ni masak bile dia napong, buleh akat dan sejat lah tu..
Panjang berlekor-lekor. Sebab tu orang panggil keropok lekor.


Ade setengoh orang panggil keropok batang sbb berbatang gitu. Ade juge panggil keropok getel sebab nok suroh jadi bulat panjang, keno getel. Macang-macang deh...

Rupe kerepok lekor selepas di goreng

Keropok lekor ni buleh dimakang goreng atau rebus. Tapi pok lebih suke makang rebus je. Cicoh dengan air cuke @ colek, memang sedap.

2 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam pagi Ayoh Wang,

catatan tentang "Keropok Lekor" ni, ambe kira sangat ok.

ambe beri cadangan boleh ke Ayoh Wang (?). cerita pulok pasal

1- lain-lain makanan seperti : sata, gulai kawah, bubur lambok atau lain-lain ...
2- loghat (bahasa) Terengganu, hok pior - biar orang kat luar nung paham sikit ... dan terkedu sikit.

apa kata Ayah Wang (?)...

Ayohwang said...

Time kasih le Cg Zul weh atah cadangan tu. Pok akang cuba usahakang.

Sebenornye Pok bukang dok moh tulis dengang menggunakang loghat Ganu hok pior tu. Kalu pok cakap loghat Ulu sunggoh gak takut orang dok pahang. Pok ccakap dengang orang Ganu sendiri pong dio dok pahang. Dalang sunggoh. Ke guane cikgu.