Wednesday, September 22, 2010

Catatang Raye....

Syukur Alhamdulillah kerana Pok masih lagi diberi peluang untuk menyambut raye pade tahun ni. Suasane raya di kapong pok tahun ni samelah macang tahung-tahung lepah jugok. Meriah, ceria, malang-malang tu masih lagi bunyi mercong sahut menyahut dengan Takbir Raye, walaupong kerajaang doh mengharangkan penjualangnye. Same macang tahung lepah, pok tetap beraye dengan anok-anok pok yang pulang dari perantauang.

Kate P. Ramlee dalang lagu rayenye “ DI HARI RAYA, TERKENANG DAKU KEPADA SI DIA…..”, begitulah jugok Pok, tetap terkenang kepada arwoh bini Pok, terkenang ketupat daun palah hok die bungkuh, terkenang tapir beras hok die peram, terkenang nasi dagang hok die masok, terkenang, terkenang, terkenang…….. Mujurlah ade anok untuk mengubat kerinduang.

Sebab tulah pagi-pagi lagi, selepah sembahyang raye di Masjid Sultan Mahmud, Kualer Berang, Pok dang anok-anok terus ke kubur arwoh mok die.. Membace Yassin, sedekoh Al-Fatihah. Itulah saban tahun yang pok dang anok-anok buat. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah…. Amin.

8 comments:

cikmanggis said...

Selamat hari raya maaf zahir batin Pok.....terharu baca kisah pok ni....jarang ada orang lelaki cam pok ni sungguh setia..kalu orang lain...kubur masih merah tanohnya dah cari pengganti...semoga pok sihat sihat selalu...

Ayohwang said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin CM. Harap-harap pok akang setia hingga ke akhir hayat....

rama-rama said...

..lame tak denga cerite pok!..selamat hari raya, maaf zahir & batin. Semuga pok sekeluarga sentiasa di berkati Allah swt....Amin.

Datin El said...

salam Aidiltitri

mudah2an suami kite pun setia macam pok ni..semuga pok tabah dan bergembira selalu..
maaf zahir batin.

Melor said...

selamat hari raya pok. buleh ko ambo nok jadi anok etek?

Ayohwang said...

rama-rama,
Selamat Hari Raye, Maaf Zahir Batin...

Ayohwang said...

Datin-El,
InsyaAllah Datuk akang setia pade yang satu.....

Ayohwang said...

Melor,
Buleh, buleh ape salohnye...