Raya tahun ni pok rasakang dok semerioh tahun lepah kerane anok-anok pok dok kelik. Seminggu lepah die doh khabo yang die dok dapat cuti. Ari raye kene kije. Dok apelah mek, awang. Pok dok kisoh. Janji mu ingat ko pok. Itu pong doh cukup.
Pagi raye ni pok pakai baju melayu meroh, kaing pelikat cap gajoh dudok dan pioh hok mung berdue ator. Lepah sembahyang raye, pok gi ziaroh kubor mok mung. Pok hadiohkang Al-Fatihah dang Suroh Yassin. Pok mintok doa semuge roh mok mung diletakkan di kalangan oghang-oghang berimang. Amin....
Biskut raye hok mung ator, ade lagi pok simpang, Dok tahu bile nok makang.