Wednesday, March 4, 2009

Ulit Mayang


Sebagai anok jati Ganu kite, Pok nok khabo le sikit berkenaang tarian @ upacara ulik mayang yang amat sohor di Ganu satu ketike dulu. Tarian Ulit Mayang nie adelah merupakang sejenis tariang yang berunsurkang pemujaang. Dipercayai tariang nie telah wujud pada jamang pemerintahang Sultan Umor lagi. Ia dikatakang berasal dari Tanoh Seberang iaitu Kepulauang Jawa.Untuk maklumang semue, pada jamang dulu, setiap tahung di ganu nie diadakang pesta pantai. Doh jadi tradisi jamang ritu.

Pada jamang tu, pesta pantai diadakang untuk memuja semangat pantai terutama mereka hok kije sebagai nelayang. Jadi tariang ini adelah merupakang satu permainang tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai negeri Ganu nie. Ditarikang secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalang bentuk bulatang untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia biasanye diadakang pada waktu malang.

Persembahang Ulit Mayang ini dimainkang dengang menggunakang Mayang Pinang. Mayang dibangkitkang semangat dan asalnye. Ketika persembahang ini berlangsung, pemain-pemain diiringi dengang seloka dan pantun oleh rakang-rakang yang lain. Persembahan ini dimainkang beramai-ramai dengan membuat bulatang dan pemegang (ketua pemuje dipanggil ADI) duduk di tengoh-tengoh dang tidak ada muzik yang mengiringi persembahang ini. Biasanya yang mengambil bahagiang dalam persembahang ini berumur dalang lingkungang 15 hingga 40 tahung.

Persembahang Ulit Mayang yang dimainkang ini adolah sekador untuk bersuke-suke saje, melambangkang suatu pemujaang yang mendalang terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik. Persembahang dimulakang dengang membaca doa dan membangkitkang asal-usul Mayang. Mayang yang digunakang dalang persembahang ini diasap kemenyan dang disapu minyok kelapa terlebih dahulu. Doa dan bangkitang dilakukang untuk memohong perlindungang agor orang yang mengambil bahagiang tidok ditimpa apa-apa kemalangang. Mengikut hok pok ingat, lagu ulit mayang yang dinyanyikang dulu adelah seperti nie:-

Umbuk mayang diumbuk
Umbuk dengan jala jemala
Sambut dayang kusambut
Sambut dengan puteri ngesa
***
Puteri ngesa berkain serong
Puteri ngesa berbaju hijau
Puteri ngesa bersubang gading
Puteri ngesa bersanggol sendeng

( rangkap kedua di atas kemudiang diulang dengang puteri dua dan seterusnya hingga puteri tujuh )

Tapi lagu hok dok nyanyi dalang TV @ radio lening doh banyok berubohnye. Kalu dulu untuk pemujaang, tapi lening untuk hiburang semate-mate. Kalu dulu memang pantang le lagu nie dinyanyikang di ketike di tepi pantai ....lain jadinya nanti...takut kene rasuk.

Dekat pasor Kedai Payang, belakang Pejabat Pos, ada satu tempat perlancongang yang dipanggil Bukit Puteri. Atas tu terdapat makam dipercayai tempat bersemayamnye puteri bertujuh. Wallahualam. Kalu nok tau bulehlah singgoh.

1 comment:

Datin El said...

el joget zapeng je pok..